CABARAN-CABARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA: SATU KAJIAN DI UNIVERSITI AWAM DAN SWASTA
الكلمات المفتاحية:
Pengajaran، bahasa Arab، Sikap pelajar، Peranan guruالملخص
Dalam konteks pendidikan Bahasa Arab di Malaysia, ia sudah sekian lama dipelajari bermula dari peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah, kemudian diteruskan hingga ke peringkat universiti. Namun, kelemahan penguasaannya dalam kalangan pelajar semakin hari semakin ketara dan meningkat terutamanya dalam kemahiran berbahasa. Justeru, kertas ini bertujuan untuk mengupas tentang cabaran-cabaran dalam pengajaran Bahasa Arab di beberapa universiti di Malaysia. Ia juga akan mengemukakan cadangan-cadangan untuk memperkasakan pengajaran Bahasa Arab di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan dua kaedah iaitu kaedah perpustakaan dan kaedah temu bual. Seramai empat orang pensyarah telah dipilih sebagai informan. Mereka terdiri daripada dua orang pensyarah daripada IPTA dan dua orang pensyarah daripada IPTS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa cabaran-cabaran dalam pengajaran bahasa Arab dapat dikategorikan kepada tiga aspek utama iaitu sikap pelajar, sikap pensyarah dan kurikulum & pedagogi. Justeru, bagi memperkasakan pengajaran bahasa Arab program-program pemerkasaan pensyarah, pengukuhan pelajar dan pembangunan kurikulum dan pedagogi perlu diberi penekanan yang sewajarnnya.