PEMERKASAAN PENDIDIKAN WANITA: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF HADITH
الكلمات المفتاحية:
Pemerkasaan wanita، Pendidikan، Hadith، Pendidikan Wanitaالملخص
Pemerkasaan pendidikan wanita merupakan isu penting dalam pembangunan masyarakat yang seimbang dan inklusif. Dalam konteks Islam, hadith-hadith memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan dan amalan berkaitan pendidikan wanita. Namun, terdapat ketidakseimbangan antara ajaran hadith dan amalan semasa, yang sering dipengaruhi oleh faktor budaya dan sosial. Artikel ini menganalisis hadith-hadith berkaitan pemerkasaan pendidikan wanita dan implikasinya terhadap pemerkasaan wanita. Menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis teks hadith, kajian ini mendapati bahawa hadith-hadith tersebut menekankan kepentingan pendidikan bagi wanita dan mengiktiraf peranan mereka sebagai pendidik dalam keluarga dan masyarakat. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa pendidikan wanita adalah kewajipan yang membawa kepada pembangunan autonomi wanita serta membawa kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan ummah.