PERBEZAAN KAEDAH WAKAF PADA KALIMAH BERHURUF HAMZAH DIANTARA IMAM HAMZAH DAN RIWAYAT HAFS ‘AN ‘ASIM: PENELITIAN DI DALAM SURAH AL-BAQARAH

Pengarang

  • Md Saifullah Nik Abdullah Pengarang
  • Shafwan Ismail Pengarang
  • Wan Mohd Ismail Abd Halim Pengarang

Kata kunci:

Wakaf, Hamzah, Imam Hamzah, Hafs 'An 'Asim, Qiraat

Abstrak

Kajian ini bertujuan meneliti perbezaan kaedah waqaf pada kalimah berhuruf hamzah diantara bacaan Imam Hamzah dan riwayat Hafs ‘an ‘Asim yang memfokuskan Surah al-Baqarah dengan mengunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian mendapati 99 tempat waqaf berhuruf Hamzah di dalam Surah Al Baqarah, dengan lapan kaedah waqaf bagi Imam Hamzah berbanding tiga kaedah bagi riwayat Hafs ‘an ‘Asim. Hasil kajian juga mendapati perbezaan yang ketara antara kedua-dua qiraat. Imam Hamzah lebih mempelbagaikan kaedah bacaan dengan mengaplikasikan Ibdal, Naql, Tashil, Hazaf, Idgham, Saktah, Raum, dan Tahqiq. Manakala riwayat Hafs ‘an ‘Asim mengekalkan bacaan secara Tahqiq, dengan kelonggaran untuk Ishmam dan Raum dalam keadaan tertentu. Kajian ini diharap dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang keunikan dan kekayaan disiplin ilmu wakaf dalam ilmu qiraat, sekali gus memastikan ketepatan bacaan mengikut riwayat yang sahih.

Muat turun

Diterbitkan

2026-04-30